Nostalgia 22
Salam blues… lama benar rasanya tak ‘berkata’ sesuatu di sini. Sebenarnya, rindu je nak menulis, tapi alasannya seperti biasa… sibuk! Tapi kali ni rasanya memang sibuk tahap gaban angkasa kot. Sibuk kalau dicampurkan dengan tak berapa rajin, ditambah pulak dengan suasana persekitaran yang kurang selesa, maka segala apa yang nak dibuat biasanya tak berapa nak jadi. JADI MALAS jer la! Hehehe…
Lama tak bercerita pasal BS. Diam tak diam dah masuk seratus empat belas keluaran [yang akan berada di pasaran seawalnya Isnin nanti]. Entahlah, nak cakap macam mana ye, rasanya semakin hari semakin sesak dada nak menyiapkannya. Bukan kerana ketiadaan bahan, mungkin semua orang [yang ada dekat dalam studio sekarang tinggal 3-4 kerat] semakin penat kot. Boleh dikatakan setiap minggu adalah DATELINE. Sedang berfikir untuk mencuri masa dan ruang untuk rehatkan otak. Rehat yang benar-benar rehat tanpa fikir pasal kerja, tapi kalaupun cuti tetap ada kerja nak dibuat di rumah. Mungkin inilah akibat menjadikan KERJA SEBAGAI HOBI.
1985 - 2007 ; Dah masuk 22 tahun dok mengadap benda ni, rasanya industri komik/kartun tak berkembang besar. Masih bergerak dalam kelompok kecil, yang mana ada masa akan muncul yang baru, kemudian lenyap dan muncul lagi yang lain. Nilainya juga tak banyak berubah, malah tak keterlaluan kalau dikatakan ia masih sama seperti dulu.
1978 ; Ayah selalu beli majalah, termasuk majalah kartun yang ketika itu baru diterbitkan dan meletup. Tak tahu kenapa ayah beli, tapi rasanya dia pun suka jugak baca. Atau, dia saja-saja beli sebab dah tak ada bahan bacaan lain nak dibeli. Hal ini berlarutan, dan sampailah masanya ayah tak perlu beli lagi kerana anaknya dah pandai beli sendiri.
1979 ; Dek kerana pengaruh komik kartun dah banyak, habis buku-buku jadi mangsa. Sehingga pernah sekali cikgu hempuk kepala dengan buku sebab penuh ngan sketch dalamnya. Cuma, rasa seronok sebab ada dua tiga orang yang satu kepala. So, kami buat majalah sendiri untuk suka-suka. Kalau tak silap kami buat ada dalam 10 keluaran kot. Dan, semua majalah buatan sendiri tu disimpan oleh salah seorang daripada kami. Sebenarnya lepas SPM, kami terputus hubungan. Masing-masing bawa hal. Yang dapat belajar kat over-sea pun satu hal. Cuma beberapa tahun lalu, salah seorang daripadanya, yakni yang meyimpan majalah buatan sendiri itu menelefon. Katanya dia di UUM, Sintok ketika itu. Jadi orang besar dah kot. Majalah-majalah kami tu masih disimpannya lagi…
Okeh, sampai sini dulu ye, nanti Uncle sambung lagi…
