Suara Hati

October 7, 2006

Malam Seribu Bulan

Laylat al qadr secara harfiah diertikan malam penentuan atau malam kemuliaan. Secara metaforis disebut malam seribu bulan. Suatu malam permulaan Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT. Peristiwa ini terjadi pada tahun 610 M. Ia merupakan satu di antara sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan.

 

Kerana alasan itu, sepuluh malam terakhir bulan Ramadan sangat dimuliakan. Surah Al-Qadr menerangkan, “Kemuliaan itu melebihi seribu bulan… malam yang diliputi kedamaian hingga terbit fajar.”

 

Para mufasir sepakat bahawa kehebatan malam al qadr sama dengan beribadah seribu bulan lamanya. Malam itu penuh berkat dan bermakna. Suatu nilai yang amat tinggi dan mulia dibanding malam dan bulan lainnya. Lafaz al qadr sengaja diertikan dengan malam penentuan dengan merujuk pada kata dasar al qadr yang bererti ketentuan atau keputusan.

 

Kerana pada malam itulah ditentukan dan diputuskan turunnya Al-Quran ke bumi. Bahkan, malam itu menjadi momentum yang amat menentukan bagi mereka yang dekat dan ingat kepada Allah SWT.

 

Mengapa dalam banyak terjemahan, laylat al qadr diertikan malam kemuliaan? Boleh jadi para ahli berpandangan bahawa kerana pada malam itu Allah SWT akan menurunkan segala keberkatan dan kesejahteraan buat umat manusia. Malam itu pun dipastikan menjadi mulia dan tinggi nilainya.

 

Betapa mulianya malam itu, sehingga Allah SWT menyebutnya sebagai lebih mulia dan tinggi kualitinya dari seribu bulan. Perbandingan metaforis ini memperlihatkan kebesaran dan keagungan laylat al qadr itu. Boleh jadi pula lafaz laylat al qadr disebut sebagai malam kemuliaan merujuk pada penamaan Kitab Al-Quran itu sendiri sebagai Al Kitab Al Karim yang berarti bacaan mulia. Sehingga, setiap momentum yang berkaitan dengan Kitab Suci ini disebut-sebut sebagai momentum kemuliaan.

 

Malahan dalam kehidupan kita sehari-hari, tanpa sedar kita sering bertemu dengan situasi yang mulia (laylat al qadr) tersebut. Situasi mulia ini amatlah menentukan kehidupan seseorang, maka ia disebut-sebut sebagai malam penentuan. Pada hakikatnya kita sering bertemu momentum-momentum tak terduga tapi mampu mengubah dan menentukan seluruh perjalanan sejarah hidup kita sebagai anak manusia. Bisa jadi momentum seperti itu hanya datang sekali seumur hidup. Ada juga orang mendapatkan momentum yang amat menentukan itu beberapa kali.

 

Namun, yang jelas tidaklah setiap pengalaman hidup manusia selalu bertemu dengan momen-momen kemuliaan itu. Kerana itulah, laylat al qadr menjadi istimewa dan bernilai amat personal. Sebagai manusia, ingin sekali di malam penentuan ini kita boleh memperoleh tempat mulia dalam pandangan Allah SWT.

 

Kemuliaan itu kita peroleh setelah kita berjuang keras menjadi insan yang muhsin dalam setiap amal usaha yang kita lakukan.

 

Impian semua orang untuk memperoleh laylat al qadr tentu saja mulia dan terhormat, kerananya harus diwujudkan dalam aktiviti ibadah yang juga mulia dan terhormat. Bila itu sudah kita lakukan, insya-Allah impian kita untuk mendapatkan ‘penentuan’ kehidupan yang baik dan mulia dari Allah SWT menjadi kenyataan.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://heart2heart.blogsome.com/2006/10/07/malam-seribu-bulan/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Helga Cleve